6 Aug 2015

Resepi:Homemade Oatmeal Cereal Untuk Bayi 7 - 9 Bulan

Otmeal Creal Untuk Bayi ( 4 - 5 hidangan )

Masa penyedian 5 -10 minit.

Bahan - Bahannya.

1/2 cawan oat.
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis.
Air / susu secukupnya.

Cara membuat.

  1. Masukkan 1/2 cawan oat ke dalam blender/pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Serbuk oat yang telah dikisar halus boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan tahan sehingga 3 bulan.
  3. Untuk mengediakan 1 hidangan untuk bayi 7 - 9 bulan :-
  4. Panaskan 1/2 cawan air dan setelah mendidih masukkan 2 sudu serbuk halus oat tadi.
  5. Kacau selama lebih kurang 5 - 10 minit sehingga pekat.Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis.
  6. Biarkan sejuk seketika dan boleh di berikan kepada bayi.
Boleh juga ditambah dengan susu ibu / susu formula.Selamat mencuba.

--------------

Info Makanan Bayi

Makanan serat tinggi

Makanan berserat tinggi adalah tidak sesuai untuk bayi.Penggunaan roti mil penuh, pasta dan bijiran tidak menjadi masalah, tetapi elakkan daripada memberi makanan ini terlalu banyak sebab ianya akan memenuhkan perut anak anda, dan menjejasan pemakanan makanan lain. 


Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap Untuk Anak

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap
Masa penyediaan : 15 minit

Bahan-bahannya:
(7 keping saiz sederhana)

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak jagung / majerin

Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.Kacau sehingga sebati.Pastikan tiada tepung yang berketul-ketul.
2. Panaskan non-stick pan.Tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.biarkan seketika.
3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake.
4. Ulang langkah 2-3 sehingga bancuhan tepung abis.. SIAP!!

Sedia untuk dihidang.boleh dimakan begitu sahaja atau dengan coklat/ lain-lain perisa.

Tip Mudah Menyediakan Makanan Bayi Homemade

...